Gaji Polis naik lagi.....!!

Seramai 98,747 anggota dan pegawai polis mendapat 'durian runtuh' berikutan pelaksanaan skim perkhidmatan baru membabitkan kenaikan gaji dan elaun Imbuhan Tetap Khidmat Polis (ITKP), berkuat kuasa 1 Januari tahun lalu. Mengikut anggaran kasar, setiap anggota dan pegawai polis akan menerima bayaran penyelarasan antara RM1,500 hingga RM6,000 disebabkan tiga pergerakan gaji tahunan dan kenaikan ITKP. 
Ana rasa inilah satu berita yang paling menarik sehari dua ini, walau pun ada berita lain yang lebih mengemparkan seperti perbicaraan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ana ingin ucapkan tahniah kepada semua anggota polis di seluruh negara kerana mendapat kenaikan gaji yang diimpikan selama ini. Kalau tak silap ana setahun dua ini sudah beberapa kali kenaikan imbuhan lain telah dinikmati. Ana angkat tabik kepada Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Hishamuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Seri Musa Hassan yang cukup prihatin dengan kebajikan anggota polis. Walau pun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, kerajaan  masih ada peruntukkan untuk memenuhinya. Semoga dengan pelaksanaan skim baru gaji anggota polis dapat meningkatkan lagi motivasi dan kreadibiliti anggota polis dalam menangani kes-kes yang mengugat ketenteraman awam.

Sepertimana anggota polis, ana sebagai penjawat awam yang bertugas sebagai guru juga sering mengimpikan kenaikan gaji yang selaras dengan perubahan komitmen dan cabaran semasa bagi memenuhi tuntutan negara. Namun apakan daya, memandangkan golongan guru adalah penjawat awam yang paling ramai di negara ini menyebabkan kerajaan terpaksa berfikir beribu kali untuk melaksanakan skim gaji guru yang bersesuaian dengan kelayakan dan cabaran semasa. Ana teringatkan seorang kawan ana yang sama-sama belajar di Tingkatan Enam dan sekarang berpangkat Chief Inspektor. Tentunya gaji beliau lebih tinggi daripada ana. Ana juga pernah terbaca luahan seorang pembaca akhbar yang melahirkan rasa tidak puash hati kerana anggota polis dan guru asyik minta kenaikan gaji. Pedulikan apa yang dikatakan, kerana mereka ini tidak memahami dan tidak akan faham tentang tugas dan tanggungjawab yang membebani anggota polis dan golongan guru dalam mengharungi cabaran dunia yang semakin canggih ini.

Pada ana, memilih profesion guru memaksa kita rela hidup secara sederhana.....tiada pangkat dan kemewahan dan hanya sekeping ijazah yang melayakkan kita untuk bekerja.... malah tak perlu mengharapkan 'durian runtuh' malah 'durian jatuh' sekalipun........

Cuti-Cuti Malaysia

Meluangkan masa bersama
keluarga menghabiskan cuti hujung tahun 2009 
.

Seketika di Taman Rama-Rama....
Melihat spesis-spesis rama-rama
serta binatang-binatang lain yang
semakin  sukar ditemui...
Memetik buah strawberry di Strawberry Park...
Menikmati buah yang segar lagi manissss...

Sejenak di Boh Plantations di Sungai Palas... Walaupun menempuh perjalanan yang sukar dengan keadaan jalan yang sempit dan berliku-liku...  sampai jua akhirnya. 
                                                                                                               
Sewaktu  di Boh Plantations, Sungai Palas, Cameron Highland

KEMBARA MUHIBAH



Konvoi bersama Kelab Staf SMK Permaisuri Nur Zahirah ke Cameron Highland.

BOLA SEPAK: FRIENDLY MATCH

Perlawanan persahabatan
bola sepak antara guru-guru
SMK Permaisuri Nur Zahirah
dengan warga
SMK Sultan Ahmad Syah,
Cameron Highland


Bergambar sebelum ke destinasi.....

Berkumpul sebelum bertolak balik...